Tuesday 9 March 2010

Assalamualaikum and Salam Sejahtera

SEJARAH RINGKAS PENUBUHAN

PERSATUAN IBU BAPA GURU

MAKTAB DULI PENGIRAN MUDA AL-MUHTADEE BILLAH

PENUBUHAN PERSATUAN IBU BAPA GURU YANG PERTAMA


Taklimat dan Penubuhan/Pemilihan Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru yang pertama bagi Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah telah diadakan pada 1 Syaaban 1426 bersamaan 5 September 2005


Persatuan Ibu Bapa dan Guru, 2004, Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah dengan secara rasminya pada 16 Ramadan 1426 bersamaan 20 Oktober 2005 telah didaftarkan dibawah kuasa Ketua Pendaftar sebagai sebuah persatuan yang ditubuhkan dibawah Seksyen 128(2)(i) dari Perintah Pendidikan 2003. Nombor Pendaftaran : GS 001.


Pembubaran Jawatankuasa tertinggi yang pertama (2006-2008) dan seterusnya Pemilihan Jawatankuasa Tertinggi yang kedua (2009-2011) telah diadakan pada hari Jumaat 17 April 2009.



Jumaat 17 April 2009 Auditorium Maktab DPM Al-Muhtadee Billah
Pembubaran Jawatankuasa PIBG 2006-2008 dan Perlantikan Jawatankuasa PIBG 2009-2011



MAKLUMAT dari brochure pibg mdpmamb

Persatuan Ibubapa-Guru - PARENT -TEACHER ASSOCIATION


Persatuan Ibubapa Guru ialah persatuan yang ditubuhkan dibawah seksyen 128 (2) (i) dari perintah Pendidikan 2003 yang di serapkan ke sekolah sekolah sama ada sekolah rendah atau menengah dibawah kuasa tadbir Kementerian Pendidikan Negara Brunei Darussalam.

Berdasarkan kepada perkara yang dinyatakan di atas Persatuan Ibubapa-Guru termasuk dalam organisasi sekolah untuk dikembang majukan oleh pentadbir sekolah berdasarkan kepada objektif PIBG.

PIBG Maktab DPM Al-Muhtadee Billah telah didaftarkan dengan rasminya sebagai Persatuan Ibubapa-Guru (PIBG) pada 16 Ramadan, 1426 bersamaan 20 Oktober 2005.


Parents Teachers Association was established under Section 128(2)(i) of The Education Act 2003. It was implemented in all Primary and Secondary Schools throughout the state. Aimed to developed by School Administrators , PTA also has its own objectives.Maktab Duli’s PTA was registered as a Parent –Teacher Association on 16 Ramadan 1426 / 20 October 2005.


Objektif Persatuan Ibubapa-Guru (PIBG) / Objectives of PTA

Persatuan Ibubapa-Guru mempunyai objektif sebagaimana yang digariskan dalam perlembagaan Persatuan Ibubapa Guru (PIBG) 2004 iaitu;

i. Untuk mempromosikan dan memupuk persafahman serta kerjasama diantara ibubapa dan guru dalam usaha

meningkatkan perkembangan intelektual, fizikal, emosional, dan sosial pelajar ke tahap optima.

To promote/foster goodwill and cooperation between parents and teachers of the College in joint efforts to achieve optimal intellectual, physical, emotional and social development for the students.

ii. Untuk menggalakkan kerjasama dan komunikasi tanpa pengantara di antara ibubapa dan guru-guru melalui

perundingan dan pertukaran pendapat dan maklumat mengenai pendidikan untuk membantu meningkatkan

pencapaian akademik para pelajar ke tahap optima.

To encourage cooperation and direct communication between parents and teachers in consulting and exchanging ideas and information on education in order for the students to achieve optimal academic performance.



iii. Untuk menyediakan forum dan perkhidmtan yang bersesuaian bagi kesejahteraan, perkembangan dan

kemajuan pelajar

To provide a forum and service for the welfare, development and progress of the students in the College.

iv. Untuk meningkatkan penglibatan dan penyertaan ibubapa dalam membantu perkembangan sosial, emosi, dan peningkatan serta kejayaan akademik para pelajar sepanjang hayat.

To increase parental involvement and participant in posting social, emotional, academic growth and success of the

students throughout their lives.

v. Untuk mengembang dan memperbaiki usaha sama di antara sekolah dan rumah sebagai jambatan untuk mencapai objektif bersama. Dengan itu sekolah dan rumah mempunyai peranan yang penting bagi menjamin kejayaan pelajar.

To develop and improve a partnership between the College and the Home as a bridge to achieve the objectives of both the College and the Home. So, for the students to succeed , both the College and the Home have important roles to play.



vi. Untuk membantu dan menyelaraskan usaha sekolah dalam memenuhi keperluan para pelajar khasnya dalam menjalankan aktiviti yang berkaitan dengan pendidikan mereka.

To assist and complement the effort of the College in meeting the requirements and needs of the students in their activities.

vii.Untuk mencapai objektif , PIBG di beri kuasa untuk mengumpul dana dengan mengadakan kegiatan-kegiatan yang bersesuaian dan mengimplementasikan kegiatan berkenaan yang dianggap perlu oleh jawatankuasa PIBG tertakluk kepada kebenaran yang diberi berdasarkan perlembagaan dan Akta pendidikan (PTA) 2004.

To achieve its objectives, the PTA is empowered to raise fund, transact business and exercise such functions as deemed necessary by the PTA Committee in so far as it is allowed by this Constitution and the Education (Parent-Teacher Association (PTA)) Regulations, 2004.



Persatuan ibubapa-Guru (PIBG) sebagai saluran

dua hala yang signifikan diantara pihak Sekolah

dan ibubapa yang mempunyai pengalaman,

pengetahuan untuk dikongsikan dan

dikembangkan dalam mana rancangan yang akan dilaksanakan

oleh pihak sekolah demi kemajuan pembelajaran penuntut

Sebagai wadah (saluran) penghubung duahala

diantara Ibubapa dan sekolah dalam berbagai

perkara untuk meningkatkan pencapaian pelajaran

di samping mengukuhkan keperluan dana untuk

keperluan fizikal dalam membantu pembelajaran

penuntut.


HARAPAN PIBG MDPMAMB

Memenfaatkan persatuan Ibubapa-Guru (PIBG) sebagai saluran yang positif

semaksima yang boleh.

Memenfaatkan Persatuan Ibubapa-Guru (PIBG) sebaik mungkin dalam

mengurangkan kebergantungan kepada pihak sekolah dalam menangani

apa-apa jua isu/masalah.



No comments:

Post a Comment